Tempoh seminggu meninggalkan isteri & putera puteri tersayang bagaikan setahun punya penantian. Di sini (Sabah), penat dan seronok bercampur baur, tapi semuanya bagai tak lengkap tanpa kehadiran insan-insan tersayang. Pada tika ini tentu ayang letih dan capek dgn urusan harian di sekolah dan rumah, ditambah dgn karenah anak2. Irfan dan Husna tak habis2 dgn homework sekolah, Iman yg semakin keletah dan Afeef yang mungkin semakin menjarak langkah menapak. (harap tiba di rumah nanti dia dah pantas berjalan!)
Rindu menggelodak jiwa utk lekas pulang, tapi apakan daya selepas ini akan terus ke Penang menghadiri mesyuarat. Insya Allah semuanya terlerai lewat lusa, amiin.
Flight dari KK dijangka 12.15 pm nanti, transit di KLIA seterusnya berlepas ke Penang jam 3.40pm. Dari Sabah ke Penang, dari Imperial International ke Vistana, jarak yang panjang bukanlah halangan tapi rindu yang mendendam menjadi tekanan...