Ahad lalu saya berpeluang melawat Perkampungan Budaya Monsopiad di Kg Kuai (rasanya dlm. daerah Penampang). Monsopiad merupakan pahlawan gagah berani lagi masyhur kaum Kadazandusun. Menariknya bayaran masuk ke perkampungan ini boleh di"nego", atas papan kenyataan bayaran masuk adalah RM25 seorang, setelah proses tawar menawar, kami dibenar masuk dgn harga RM1o seorang! terima kasih bah...
Saya berpeluang merasai pengalaman menarik di perkampungan ini. Antaranya berpeluang berjalan di atas jambatan gantung, , melastik, menyagat sagu dan yang paling menyeronokkan menyumpit!.
Petugas2 di perkampungan ini juga amat friendly dan manis segak berpakaian Kadazan. Saya juga dpt melihat artifak bersejarah Monsopiad di dalam sebuah rumah tradisional asal keturunan Monsopiad. Ini termasuk tengkorak-tengkoral beberapa generasi hingga mencecah usia lebih 300 tahun.
Dari perkampungan Monsopiad, saya ke tanah tinggi Gunung Emas. Perjalanan sejam setengah diiringi pemandangan memukau kehijauan bukit dan lurah. Di puncak, saya difahamkan ketinggian melebihi 5000 kaki. Udara sungguh sejuk dan nyaman seolah berada di Cameron Highland.
Walau penat mendaki, tanggungjawab di Pesta Buku tetap dilaksana! jualan yg memberangsangkan (Ahad ramai pengunjung) menyejukkan hati.
Isnin, saya berpeluang melawat UMS. Satu2nya universiti yang ada Akuarium dan Muzium Marin sendiri. Memasukinya seolah kita berada di Aquaria KLCC! Ada akuarium besar, rangka ikan paus berusia lebih 100 tahun dll...
Setelah itu, kunjungan ke Pasar Filipina menjadi agenda. Pasar ini terkenal dgn. jualan ikan kering, mutiara dan cenderamata. Hati2 dgn harga! jika tak pandai menawar atau tiada "org dalam" kena pancunglah jawabnya! Saya memborong udang/ikan kering (sememangnya murah) dan pelbagai perhiasan mutiara untuk isteri tersayang dan buah tangan.
Di pasar ini, siangnya menjadi medan jualan ukan dan sayur segar, petang/malamnya pula menjadi syurga makanan laut panggang dengan kesegaran dan ke"murahan" yang dijamin. Buktinya, 4 malam berturut2 saya dan teman2 pulun seafood bbq di sini....jangan kena gout sudahlah! na'uzubillahi min zalik...
Ahad dan Isnin dipenuhi, menyingkap budaya dan warisan, menyelinap alam dan fauna, menyelami gelagat dan karenah...
Tuesday, April 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment