Saya berada di Kota Kinabalu Sabah sejak 23 April yang lalu kerana menyertai Pesta Buku dan Festival Budaya Membaca peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Kompleks Asia City KK.
Mulanya menginap (2 mlm) di Promenade, tapi dek kerana tawaran yg lebih "menarik" dari Imperial International (lebih murah, free breakfast & braodband) saya berpindah ke ke Imperial. Rekaan dalaman dan perabut hotel ini amat mengagumkan saya. Saya tarafkan ia sebagai Hotel 3 bintang terbaik di Malaysia!!!. Moden, kontemporari dan menyegarkan. Flat screen tv, sambungan broadband kepantasan tinggi....apa lagi? Semuanya mampu menghilangkan lelah menguruskan booth buku seharian!
Berbalik kepada Pesta Buku, sambutan saya kira sederhana sahaja. Pengunjung tampak tidak begitu berminat dengan hidangan bacaan ilmiah yang dihampar di gerai kami (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia - MAPIM) berbanding santapan popular seperti novel dan buku teks anak2. Di sini MAPIM diwakili oleh Penerbit UMS, UTM, USIM, UUM dan UTHM).
Suasana sederhana yang saya gambarkan ini mungkin kerana saya membandingkan sambutan dan terusan manusia yang tidak putus-putus di Pesta Buku Antarabangsa K.Lumpur (PBAKL) yang baru berlangsung kira-kira 2 minggu lepas. Mengikut laporan, 2 juta pengunjung melawati PBAKL 2008 ini.
Saturday, April 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment