Hari ini saya dan beberapa teman MAPIM dari semenanjung (Yosman, Khoiri, Asrol & Nazir) dibawa "berjalan" oleh warga Penerbit UMS yang sangat tinggi budaya hospitalitynya! Ketua Penerbit UMS YBhg Prof Sarim meminjamkan Perodua Kembaranya, Ainun menyediakan Naza Suria dan adiknya selaku pengemudi dan Fatimah bertindak sebagai "tourist guide"! tak lupa Sdr. Awangku yang menggalas tugas kami menjaga booth buku.
Dua kenderaan membawa kami melalui likas, tuaran, temparuli (teringat pula pada Marsha AF3) dengan pemandangan banjaran dan lurah yang sungguh mempesonakan! Sebaik kelibat Gunung Kinabalu menyapa mata, hati saya terus tidak sabar utk berada lebih dekat padanya (tak dapat ke puncak, menjejak di kakinya pun jadi lah)
Akhirnya setelah lebih sejam setengah berkereta, kami tiba di Taman Kinabalu (kalau tak silap) iaitu kaki gunung Kinabalu tempat para pendaki mula mendaki. Udaranya sejuk dan segar. Kagum saya melihat kegagahan beberapa pemuda memikul timbunan bag/bebanan di atas belakang mereka. Gaya mereka tau ubah seperti sang sherpa di kaki Everest/Kathmandu Nepal! Badan mereka kurus dan rendah sahaja, tapi pejalan otot-ototnya cukup membuktikan kegagahan dan kecekalan.
Setelah menangkap gambar buat kenangan, kami meneruskan perjalanan ke pekan Kundasang. Deretan kedai kecil menjual pelbagai sayuran dan buahan segar mengingatkan saya pada suasana di Cameron Highland! Murah dan segar! tapi apakan daya rumah jauh di semenanjung (kalau isteri saya - ct ada bersama pasti dia geram nak memborong!) Agar tidak terkilan, saya beli juga sebotol madu hutan asli dgn harga RM10 - buat buah tangan!
Makan time!!! perut dah berkeroncong bila sejuk & penat... kami ratah tongkeng & kepak ayam panggang! saya beli Murtabak Jawa (dgn rekomen si Timah) sedap jugak...tiba2 saja Yosman berbangga menjadi anak Jawa bila semua orang memuji kelazatan Murtabak Jawa tu...cheh! kerana nak jaga badan (konon) saya juga order rojak (disangkakan simple berbanding kawan2 lain yang order makanan yang berat2), sekalinya bila dihidang...rasanya rojak tu utk hidangan 2 org! tapi habis jugak saya telan...
Kami pulang ke hotel melalui Bukit Bendera yang membolehkan kami menikmati pemandangan bandar raya KK. pelabuhan Jesselton dan Pulau Gaya. Nampak juga pasukan elit TUDM & TLDM membuat pertunjukan di laut....tapi tak larat nak pergi dek keletihan...
Terima kasih buat Prof, Ainun (dan adiknya) serta Cik Timah!
Saturday, April 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment