Thursday, August 23, 2012

Lensa Aidilfitri 2012

Meh tengok wajah2 ceria di hari raya 2012...

Wednesday, August 22, 2012

Salam Aidilfitri 1413H

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR!

ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD!

Bersempena AIDILFITRI 1413H ini, saya dan keluarga ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan atas segala segala kesalahan dan keterlanjuran kata2 mahupun berbuatan saya dan keluarga terhadap sahabat2 sekalian.

Kullu 'am wa antum bikhair!

Pada tahun ini, saya sekeluarga beraya pertama dan kedua di kampung saya di Sawah Dato', Mersing, Johor.

Jam 3 petang raya kedua baru bertolak ke kampung isteri di Sg. Nipah Sg. Besar, Selangor. Singgah Kluang jap then singgah rumah di UTHM rehat sebentar sambil refresh bag pakaian. Lepas isya baru gerak dan akhirnya sampai kampung jam 3 pagi!
saya bersama family di Mersing.



Sunday, July 1, 2012

Assalammu'alaikum Wth Wbt...
Lebih setahun saya tak update blog ni...mcm2 alasan yang boleh dilistkan sebagai sebab kenapa jadi mcm ni, tapi yang pasti, menulis ni perlu ada minat, ada mood dan masa yg sesuai.
Dalam tempoh masa lebih setahun tak update ni, mcm peristiwa yg saya lalui, mcm2 org yg sy jumpa dan mcm2 perubahan yg berlaku. InsyaAllah jika da kelapangan sayaakan cuba postkan cerita atau gambar2 yg dirasakan sesuai utk dikongsikan di sini.

Saya menulis posting ini semasa dalam bas 'Sikun Jaya' dalam perjalanan dari UTHM ke kem Asahan Melaka bagi menghadiri program Kepimpinan Harapan (PKH) ke-10.
Program ini merupakan progran tahunan anjuran Majlis Pengetua Kolej Kediaman UTHM bagi mlatih bakal pimpinan jKK yang baru dilantik.
Sebagai Felo, saya dan rakan2 pengetua dan felo lain akan menjadi Fasi.
Mudah2an semuanya lancar.

Monday, January 3, 2011

Lawatan ke Kemboja 26-29 Disember 2010 (edisi rasmi)

Lawatan ke Kemboja meneroka kerjasama strategik dan kemanusiaan

Dalam memperkasa aspek pengantarabangsaan universiti, satu lawatan kerja rasmi delegasi pegawai dan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke negara Kemboja telah berlangsung pada 26 hingga 29 Disember 2010 yang lalu.

Delegasi UTHM telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama yang dikepalai sendiri Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin yang memberi tumpuan terhadap penerokaan kerjasama strategik UTHM dengan beberapa pihak di Kemboja manakala kumpulan kedua diketuai oleh Dekan Pembangunan dan Pengembangan Pelajar, Dr. Asri Selamat.
Dalam menjalin hubungan dan kerjasama strategik ini, delegasi UTHM yang turut disertai Ahli Lembaga Pengarah UTHM, Mejar Jeneral (B) Dato’ Md Ismail Ahmad Khan dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Abdul Aziz Dato’ Abdul Samad telah mengadakan lawatan ke Royal University of Phnom Penh, Institut Teknologi Kemboja, Public Bank Kemboja, dan Kedutaan Malaysia di Kemboja.

Dalam kunjungan ke Royal University of Phnom Penh (RUPP) yang terletak di tengah-tengah bandaraya Phnom Penh itu, kedua-dua pihak amat tertarik untuk menjalin kerjasama khususnya dalam perkongsian kepakaran dan penempatan (mobiliti) pelajar. Rektor RUPP Lav Chhiv Eav memaklumkan bahawa mereka sedang merancang untuk memperkenalkan bidang pengajian kejuruteraan di RUPP dalam masa yang terdekat ini. RUPP merupakan sebuah universiti kerajaan yang memberi penekanan kepada pengajian di bidang Sains, Sains Sosial dan Kemanusiaan. Dengan jumlah pelajar melebih 12 ribu orang, RUPP merupakan universiti tertua dan terbesar di Kemboja.

Semasa berkunjung ke Institut Teknologi Kemboja (ITC), delegasi UTHM telah disambut oleh Dr OM Romny selaku Director General . Bidang pengajian di institut ini mempunyai persamaan dengan beberapa bidang pengajian di UTHM seperti kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik. Justeru kedua-dua pihak telah menyatakan minat untuk berkongsi kepakaran dan kemungkinan penempatan pelajar mahupun staf di kedua-dua organisasi. UTHM juga menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan ITC dari segi penempatan latihan industri para pelajar UTHM di Kemboja serta peluang untuk pelajar Kemboja melanjutkan pengajian di UTHM.

Naib Canselor dan delegasi UTHM turut membuat kunjungan hormat menemui Duta Besar Malaysia di Kemboja Datuk Pengiran Haji Mohd Hussein Pengiran Haji Mohd Tahir Nasruddin di Bangunan Kedutaan Malaysia di pinggir Phnom Penh. Dalam pertemuan ini, Dr. Mohd Noh telah mengambil kesempatan memperkenalkan UTHM dengan lebih lanjut di samping memaklumkan aktiviti dan hasrat kerjasama yang ingin dijalinkan bersama pihak Kemboja. Dalam reaksi balasnya, Datuk Pengiran Haji Mohd Hussein amat mengalu-alukan usaha yang digerakkan oleh UTHM ini dan menyatakan kesungguhan beliau bagi pihak Kedutaan Malaysia untuk menghulurkan kerjasama kepada pihak UTHM.

Semasa di bumi Kemboja, Dr. Mohd Noh yang mempunyai atur cara padat, turut mengadakan pertemuan berasingan bersama Menteri Buruh dan Latihan Vokasional Kemboja, Yang Berhormat Datuk Othsman Hassan, Timbalan Menteri Pendidikan serta Pengurus Public Bank Kemboja. Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan-pertemuan tersebut adalah hal-hal yang berkaitan kerjasama dalam bidang pembangunan modal insan, latihan kemahiran dan sumber manusia yang sememangnya diberi perhatian oleh pihak kerajaan Kemboja.

Sementara itu, lawatan ke Kemboja kali ini juga menonjolkan keperihatinan warga UTHM terhadap nasib golongan minoriti Muslim di Kemboja. Program kemasyarakatan telah diadakan di Kampung Chroy Metrey yang berada di wilayah Kandal. Ini merupakan program susulan kerana pada Hari Raya Qurban yang lalu, UTHM telah mengurbankan 32 ekor lembu di kampung tersebut.

Bersama sebahagian pelajar yang begitu teruja dengan cadangan pembinaan bangunan sekolah baru untuk mereka

Lawatan delegasi UTHM pada kali ini telah membawa berita gembira kepada penduduk kampung ini di mana, Naib Canselor UTHM dalam satu acara ringkas yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kandal, Yang Berhormat Zakariyya Adam telah menyampaikan sumbangan dana wakaf berjumlah 13 ribu Dolar Amerika (sumbangan warga UTHM) kepada wakil penduduk kampong ini bagi tujuan pemilikan sebidang tanah bersebelahan masjid di kampung berkenaan. Tanah yang dibeli ini akan didirikan sebuah bangunan sekolah agama tiga tingkat bagi membolehkan lebih 500 orang pelajar mengikuti sesi pembelajaran yang selesa.
Bagi merealisasikan cita-cita penduduk kampung membina bangunan sekolah ini, UTHM telah menyatakan hasrat untuk berusaha mendapatkan dana dan sumbangan dari seluruh warga universiti serta para dermawan dari Malaysia untuk menampung perbelanjaan pembinaan bangunan ini.

Di Kampung ini juga, sekumpulan 10 orang pelajar UTHM telah berkampung selama tiga hari dan tinggal bersama-sama keluarga angkat di situ. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah diadakan, antaranya mereka telah membantu penduduk kampung memasang lantai jubin di masjid, member motivasi kepada anak-anak penduduk kampung serta melaksanakan kenduri sekampung yang melibatkan penyembelihan seekor lembu dan enam ekor kambing. Kesemua perbelanjaan untuk aktiviti kemasyarakatan ini adalah hasil sumbangan warga UTHM.
Dikeluarkan oleh,
Shafry Salim
Unit Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Emel: shafry@uthm.edu.my
Tel: 07-4537026

Sunday, December 6, 2009

Living Room

Sent from Shafry's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Living Room

Sent from Shafry's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

IMG00071-20091128-1653.jpg

Sent from Shafry's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selamat Datang ke Teratak Muara Guest House



Buat sahabat-sahabat yang tercari-cari tempat penginapan kalau berkunjung ke Mersing, boleh la berkunjung ke Guest House saya yang diberi nama Teratak Muara ni. Terletak kira-kira 5 KM dari bandar Mersing ni.... Rumah agak besar, ada 4 bilik tidur, 2 ruang tamu, 2 ruang dapur, 4 garaj kereta. Kalau nak buat BBQ, kemudahan & arang boleh disediakan. Terletak sebelah sungai...boleh la kalau nak basa2kan kaki...Masjid dan kedai runcit pun kira-kira 30m aje. Kadar sewaan bagi 1 malam adalah RM 150. Utk tempahan boleh call 0197571007 @ 077993706

Teratak Muara Guest House at Kampung Sawah Dato' Mersing Johor






Tuesday, September 29, 2009

Aidilfitri 2009

Assalamualaikum semua,
Pertamanya saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua kenalan dan para pengunjung blog ini. Lama betul saya tidak menulis di blog ini sejak kali terakhir semasa di Sabah tahun lepas. Lebih-lebih lagi selepas dah ada facebook ni...

Tuesday, April 29, 2008

Bila rindu menggamit...


Tempoh seminggu meninggalkan isteri & putera puteri tersayang bagaikan setahun punya penantian. Di sini (Sabah), penat dan seronok bercampur baur, tapi semuanya bagai tak lengkap tanpa kehadiran insan-insan tersayang. Pada tika ini tentu ayang letih dan capek dgn urusan harian di sekolah dan rumah, ditambah dgn karenah anak2. Irfan dan Husna tak habis2 dgn homework sekolah, Iman yg semakin keletah dan Afeef yang mungkin semakin menjarak langkah menapak. (harap tiba di rumah nanti dia dah pantas berjalan!)

Rindu menggelodak jiwa utk lekas pulang, tapi apakan daya selepas ini akan terus ke Penang menghadiri mesyuarat. Insya Allah semuanya terlerai lewat lusa, amiin.

Flight dari KK dijangka 12.15 pm nanti, transit di KLIA seterusnya berlepas ke Penang jam 3.40pm. Dari Sabah ke Penang, dari Imperial International ke Vistana, jarak yang panjang bukanlah halangan tapi rindu yang mendendam menjadi tekanan...

Lawatan budaya dan alam

Ahad lalu saya berpeluang melawat Perkampungan Budaya Monsopiad di Kg Kuai (rasanya dlm. daerah Penampang). Monsopiad merupakan pahlawan gagah berani lagi masyhur kaum Kadazandusun. Menariknya bayaran masuk ke perkampungan ini boleh di"nego", atas papan kenyataan bayaran masuk adalah RM25 seorang, setelah proses tawar menawar, kami dibenar masuk dgn harga RM1o seorang! terima kasih bah...

Saya berpeluang merasai pengalaman menarik di perkampungan ini. Antaranya berpeluang berjalan di atas jambatan gantung, , melastik, menyagat sagu dan yang paling menyeronokkan menyumpit!.

Petugas2 di perkampungan ini juga amat friendly dan manis segak berpakaian Kadazan. Saya juga dpt melihat artifak bersejarah Monsopiad di dalam sebuah rumah tradisional asal keturunan Monsopiad. Ini termasuk tengkorak-tengkoral beberapa generasi hingga mencecah usia lebih 300 tahun.

Dari perkampungan Monsopiad, saya ke tanah tinggi Gunung Emas. Perjalanan sejam setengah diiringi pemandangan memukau kehijauan bukit dan lurah. Di puncak, saya difahamkan ketinggian melebihi 5000 kaki. Udara sungguh sejuk dan nyaman seolah berada di Cameron Highland.

Walau penat mendaki, tanggungjawab di Pesta Buku tetap dilaksana! jualan yg memberangsangkan (Ahad ramai pengunjung) menyejukkan hati.

Isnin, saya berpeluang melawat UMS. Satu2nya universiti yang ada Akuarium dan Muzium Marin sendiri. Memasukinya seolah kita berada di Aquaria KLCC! Ada akuarium besar, rangka ikan paus berusia lebih 100 tahun dll...

Setelah itu, kunjungan ke Pasar Filipina menjadi agenda. Pasar ini terkenal dgn. jualan ikan kering, mutiara dan cenderamata. Hati2 dgn harga! jika tak pandai menawar atau tiada "org dalam" kena pancunglah jawabnya! Saya memborong udang/ikan kering (sememangnya murah) dan pelbagai perhiasan mutiara untuk isteri tersayang dan buah tangan.

Di pasar ini, siangnya menjadi medan jualan ukan dan sayur segar, petang/malamnya pula menjadi syurga makanan laut panggang dengan kesegaran dan ke"murahan" yang dijamin. Buktinya, 4 malam berturut2 saya dan teman2 pulun seafood bbq di sini....jangan kena gout sudahlah! na'uzubillahi min zalik...

Ahad dan Isnin dipenuhi, menyingkap budaya dan warisan, menyelinap alam dan fauna, menyelami gelagat dan karenah...

Saturday, April 26, 2008

Panggilan Kinabalu!

Hari ini saya dan beberapa teman MAPIM dari semenanjung (Yosman, Khoiri, Asrol & Nazir) dibawa "berjalan" oleh warga Penerbit UMS yang sangat tinggi budaya hospitalitynya! Ketua Penerbit UMS YBhg Prof Sarim meminjamkan Perodua Kembaranya, Ainun menyediakan Naza Suria dan adiknya selaku pengemudi dan Fatimah bertindak sebagai "tourist guide"! tak lupa Sdr. Awangku yang menggalas tugas kami menjaga booth buku.

Dua kenderaan membawa kami melalui likas, tuaran, temparuli (teringat pula pada Marsha AF3) dengan pemandangan banjaran dan lurah yang sungguh mempesonakan! Sebaik kelibat Gunung Kinabalu menyapa mata, hati saya terus tidak sabar utk berada lebih dekat padanya (tak dapat ke puncak, menjejak di kakinya pun jadi lah)

Akhirnya setelah lebih sejam setengah berkereta, kami tiba di Taman Kinabalu (kalau tak silap) iaitu kaki gunung Kinabalu tempat para pendaki mula mendaki. Udaranya sejuk dan segar. Kagum saya melihat kegagahan beberapa pemuda memikul timbunan bag/bebanan di atas belakang mereka. Gaya mereka tau ubah seperti sang sherpa di kaki Everest/Kathmandu Nepal! Badan mereka kurus dan rendah sahaja, tapi pejalan otot-ototnya cukup membuktikan kegagahan dan kecekalan.

Setelah menangkap gambar buat kenangan, kami meneruskan perjalanan ke pekan Kundasang. Deretan kedai kecil menjual pelbagai sayuran dan buahan segar mengingatkan saya pada suasana di Cameron Highland! Murah dan segar! tapi apakan daya rumah jauh di semenanjung (kalau isteri saya - ct ada bersama pasti dia geram nak memborong!) Agar tidak terkilan, saya beli juga sebotol madu hutan asli dgn harga RM10 - buat buah tangan!

Makan time!!! perut dah berkeroncong bila sejuk & penat... kami ratah tongkeng & kepak ayam panggang! saya beli Murtabak Jawa (dgn rekomen si Timah) sedap jugak...tiba2 saja Yosman berbangga menjadi anak Jawa bila semua orang memuji kelazatan Murtabak Jawa tu...cheh! kerana nak jaga badan (konon) saya juga order rojak (disangkakan simple berbanding kawan2 lain yang order makanan yang berat2), sekalinya bila dihidang...rasanya rojak tu utk hidangan 2 org! tapi habis jugak saya telan...

Kami pulang ke hotel melalui Bukit Bendera yang membolehkan kami menikmati pemandangan bandar raya KK. pelabuhan Jesselton dan Pulau Gaya. Nampak juga pasukan elit TUDM & TLDM membuat pertunjukan di laut....tapi tak larat nak pergi dek keletihan...
Terima kasih buat Prof, Ainun (dan adiknya) serta Cik Timah!

Berpesta Buku di Sabah

Saya berada di Kota Kinabalu Sabah sejak 23 April yang lalu kerana menyertai Pesta Buku dan Festival Budaya Membaca peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Kompleks Asia City KK.

Mulanya menginap (2 mlm) di Promenade, tapi dek kerana tawaran yg lebih "menarik" dari Imperial International (lebih murah, free breakfast & braodband) saya berpindah ke ke Imperial. Rekaan dalaman dan perabut hotel ini amat mengagumkan saya. Saya tarafkan ia sebagai Hotel 3 bintang terbaik di Malaysia!!!. Moden, kontemporari dan menyegarkan. Flat screen tv, sambungan broadband kepantasan tinggi....apa lagi? Semuanya mampu menghilangkan lelah menguruskan booth buku seharian!

Berbalik kepada Pesta Buku, sambutan saya kira sederhana sahaja. Pengunjung tampak tidak begitu berminat dengan hidangan bacaan ilmiah yang dihampar di gerai kami (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia - MAPIM) berbanding santapan popular seperti novel dan buku teks anak2. Di sini MAPIM diwakili oleh Penerbit UMS, UTM, USIM, UUM dan UTHM).

Suasana sederhana yang saya gambarkan ini mungkin kerana saya membandingkan sambutan dan terusan manusia yang tidak putus-putus di Pesta Buku Antarabangsa K.Lumpur (PBAKL) yang baru berlangsung kira-kira 2 minggu lepas. Mengikut laporan, 2 juta pengunjung melawati PBAKL 2008 ini.

Friday, April 25, 2008

Salam perkenalan...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Blog ni dibina sebagai gerbang maya interaksi kami dengan teman-teman di dunia siber yang semakin membesar sekarang ini. Mungkin agak ketinggalan dalam penyertaan dalam blogging internet ni, tapi sekurang-kurangnya ia tetap merupakan satu langkah yang bakal menghubungkan kita dengan lebih meluas, tanpa sempadan dan interaktif.


Kepada teman-teman yang mengenali kami, silalah berhubung di blog ini agar komunikasi kita lebih bermakna dan mesra. Yang belum pernah mengenali kami, apalah salahnya kita berkenalan dan menjalin ukhuah sesama kita.
Sekian dulu buat salam pengenalan, nantikan posting seterusnya. Wassalam.
Shafry & Siti Romlah



.